PARLIMEN MALAYSIA: 30 Disember (RABU) — Penyerahan Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia Fasa 2C (1) oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBhg. Datuk Kamis bin Samin, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia telah berlangsung pada Hari ini bertempat di Lobi Blok Sementara. Majlis ini turut disaksikan oleh pegawai-pegawai JKR dan warga Parlimen Malaysia.
Majlis disempurnakan dengan upacara menandatangan sijil serahan Dan penyerahan sijil serahan sebagai simbolik pihak JKR kepada Parlimen Malaysia.
Projek yang bermula pada 8 September 2020 ini telah berjaya disiapkan lebih awal mendahului jadual sebenar pada Januari 2021. --BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 2723